HEADLINES

Pernah tidur empat jam demi siapkan tempahan baju raya, ramai pelanggan setia kerana suka hasil tangan ‘Wan’

Selain baju kurung moden dan baju Melayu, Yap Boon One turut mengambil tempahan baju kurung serta gaun kanak-kanak untuk digayakan pada pagi raya

8:00 AM MYT

 

SHAH ALAM – Hasil kerja tangan yang kemas dan teliti menyebabkan pemilik butik Wan Kids & Design, Yap Boon One menjadi pilihan ramai pelanggan terutama orang Melayu untuk menjahit baju raya mereka.

Malah tukang jahit berusia 58 itu mendedahkan dia turut dipanggil sebagai ‘Wan’ dalam kalangan pelanggan setianya, nama itu diabadikan untuk perniagaan yang diasaskan sejak 14 tahun lalu.

Bercakap kepada Scoop, Boon One mengakui, dia pernah melelapkan mata selama empat jam sahaja sebelum menyambung semula kerja menjahit bagi menyiapkan segala tempahan raya yang diterima.

“Macam tahun lepas, saya pernah tidur selama empat jam sahaja dan kemudian sambung semula dengan kerja-kerja menjahit.

“Tak dapat rehat yang cukup tak mengapa, yang penting saya dapat berikan kualiti terbaik untuk pelanggan yang berikan kepercayaan kepada saya untuk hasilkan busana raya mereka,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengusahakan perniagaan tersebut bersama isteri, Tan Hong Ling, 50, yang turut membantu dari segi menjahit labuci, kain lace dan organza seperti yang diminta pelanggan.

Boon One mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya, Tan Hong Ling, yang turut membantu menjahit labuci, kain lace dan organza seperti yang diminta pelanggan. – Juliana Johar/Scoop, 19 Mac, 2024

“Saya banyak mendapat tempahan daripada pelanggan tetap yang dah biasa dengan hasil kerja saya dan tahun ini saya masih lagi mengekalkan harga sama iaitu RM380 hingga RM680 untuk baju kurung moden manakala baju Melayu dari RM250 hingga RM400 bergantung pada jenis kain dan rekaan.

“Sekarang ramai pelanggan lelaki gemarkan baju Melayu cutting slim fit, saya akan cuba tunaikan seperti yang diminta mereka. Saya akan berikan kualiti terbaik daripada segi jahitan yang kemas dan teliti,” katanya.

Selain baju kurung moden dan baju Melayu, Boon One turut mengambil tempahan baju kurung dan gaun kanak-kanak untuk digayakan pada pagi raya.

Boon One mendedahkan, dia pernah melelapkan mata empat jam sahaja sebelum menyambung semula kerja menjahit bagi menyiapkan segala tempahan raya yang diterima. – Juliana Johar/Scoop, 19 Mac, 2024

Tambahnya, dia gemar mempelbagaikan hiasan pada baju kanak-kanak dengan menggabungkan penggunaan labuci, lace, broket dan organza untuk menceriakan lagi penampilan si cilik.

“Kami juga menerima tempahan baju kanak-kanak, kerja-kerja menjahit memang saya buat dan detailing (kemasan) seperti jahitan manik, labuci, lace dan sebagainya itu memang kerja isteri saya yang lebih pakar.

“Harga untuk baju kanak-kanak yang paling mahal saya pernah buat ialah berharga RM1,200 berdasarkan kepada kerumitan dan ketelitian yang perlu diberikan dalam menghasilkan pakaian tersebut,” katanya yang mempunyai beberapa pelanggan dalam golongan kenamaan dan selebriti tanah air. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related