HEADLINES

Curi kabel: ETS alami kelewatan 562 jam, Komuter terjejas 741 jam tahun ini

9:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Insiden kecurian kabel memberikan impak gangguan kepada perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) hingga menyebabkan menyebabkan 562 jam kelewatan bagi perkhidmatan ETS dan 741 jam bagi KTM Komuter pada tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, kecurian kabel itu telah menyebabkan gangguan sistem persemboyanan KTMB yang mengawal pergerakan tren seterusnya membawa kesan kelewatan operasi serta kerugian masa kepada penumpang.

Bagaimanapun katanya, insiden itu tidak menjejaskan perkhidmatan antara bandar.

Beliau memberitahu, sebanyak 104 kes kecurian kabel dilaporkan sepanjang rangkaian keretapi KTMB bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2025 dengan tiga negeri Perak merekodkan jumlah tertinggi iaitu 38 kes, Selangor (37 kes) dan Kedah (19 kes).

“KTMB telah mengambil tindakan segera bagi menangani isu insiden kecurian kabel ini termasuk mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Antara tindakan yang telah diambil adalah menjalankan operasi khas dan rondaan 24 jam oleh anggota Polis Bantuan KTMB di kawasan hotspot terutama di kawasan sekitar Lembah Klang,’’ katanya.

Beliau menjawab soalan Chong Zhemin (PH- Kampar) yang ingin mengetahui jumlah insiden kecurian kabel mengikut negeri yang melibatkan perkhidmatan KTM, impaknya dalam jumlah kerugian masa kepada pengguna KTM dan tindakan yang akan dan telah diambil untuk menangani masalah itu.

Menurut Loke, pemasangan 193 penutup manhole kabel disimen di sektor Utara dan pembaikan pagar yang bocor serta cadangan pemasangan kamera CCTV dan penggunaan dron di lokasi hotspot turut dijalankan.

Selain itu, tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah yang mencuri kabel oleh APAD dan PDRM mengikut peruntukan undang-undang telah dijalankan.

“Kerjasama turut dijalankan dengan agensi – agensi penguatkuasa seperti PDRM dan AADK serta mengadakan perbincangan dengan JKKK Komuniti Setempat bagi membanteras sarang penagih dadah yang berada berhampiran dengan landasan keretapi.

“Ini kerana penagih-penagih ini disyaki melakukan aktiviti mencuri kabel dan peralatan lain milik KTMB,’’ katanya. – 21 November, 2025

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related