◉ HEADLINES

Anwar tolak desakan pecat setiausaha politik, ‘surat sokongan bukan maksud arahan’

Anwar berkata walaupun beliau tidak bersetuju dengan pengeluaran surat itu dan telah menegur pegawai berkenaan, sebarang tindakan perlu bersifat wajar dan seimbang

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak gesaan supaya memecat setiausaha politiknya berhubung kontroversi melibatkan surat sokongan kepada kontraktor yang membida projek hospital, tahun lalu.

Beliau memberitahu, surat sokongan berkenaan adalah “kabur” dan tidak membawa maksud arahan, selain menegaskan proses kelulusan projek tidak dipengaruhi oleh surat itu kerana pihak berkuasa berkaitan maklum sepenuhnya mengenai prosedur standard.

Menjawab gesaan bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli agar tindakan diambil, Anwar berkata:

“Lihat dulu surat itu. Rafizi mengambil pendekatan agak tegas… saya faham.

“Kalau mahu konsisten, ramai setiausaha politik, dahulu dan kini, pernah mengeluarkan surat sebegitu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines ketika dalam penerbangan dari Ethiopia ke Afrika Selatan.

Perdana Menteri tiba di Johannesburg, Afrika Selatan malam tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 sebagai Pengerusi Asean 2025.

Baru-baru ini, Rafizi menggesa supaya tindakan diambil, termasuk kemungkinan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang daripada setiausaha politik Perdana Menteri.

Menurut Anwar, walaupun beliau tidak bersetuju dengan pengeluaran surat itu dan telah menegur pegawai berkenaan, sebarang tindakan perlu bersifat wajar dan seimbang.

“Tegur, kita kena tegur. Itu prosesnya. Jangan kerana orang yang kita tidak bersetuju, kita ambil tindakan keras, dan orang yang sehaluan dengan kita pula kita lembutkan. Kita mesti konsisten,” katanya.

Selasa lalu Anwar berkata, beliau telah menegur keras setiausaha politiknya kerana mengeluarkan surat sokongan kontraktor bagi sebuah projek hospital pada 2024.

Malah, katanya, beliau sendiri hanya boleh menulis ‘sila teliti semula’ bagi surat-surat yang ditujukan kepadanya kerana sebarang kontrak perlu melalui proses semakan dan tidak boleh menerima sokongan automatik. – 21 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

◉ Related