HEADLINES

Tiada usaha tutup skandal FAM ‘teruskan dan siasat’: Anwar

'Kita tidak membuat keputusan bertindak semata-mata berdasarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebaliknya siasatan dijalankan secara menyeluruh,' kata Anwar

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang usaha menutup skandal yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pendaftaran tujuh pemain warisan.

Beliau menyifatkan isu itu sebagai serius dan mengesahkan ia akan ditangani mengikut prosedur yang sepatutnya.

Jelasnya, Kabinet telah membincangkan isu itu dan memutuskan tidak seharusnya ada sebarang usaha melindunginya.

Bercakap kepada media Malaysia di dalam pesawat Malaysia Airlines ketika dalam perjalanan ke Afrika Selatan dari Ethiopia pada Khamis, Anwar berkata Jemaah Menteri telah berbincang secara menyeluruh mengenai perkara tersebut dan memutuskan bahawa tiada unsur perlindungan (cover-up) akan berlaku, menurut Bernama.

“Teruskan dan siasat. Itu telah menjadi arahan. Namun begitu, prosesnya mesti berjalan. Kita tidak membuat keputusan bertindak semata-mata berdasarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),”.

Anwar memberi jaminan kerajaan tidak meragui kredibiliti FIFA dan menambah bahawa kerajaan menyokong pendirian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Kita tidak mempertikaikan kredibiliti FIFA. Pendirian Hannah betul. Biarkan FAM mempertahankan diri terlebih dahulu. Di pihak kementerian, cara tindakan jelas, ikut peraturan dan undang-undang,, katanya.

Beliau menekankan kepentingan menjawab persoalan utama, khususnya sama ada proses dokumentasi di luar negara telah dilakukan dengan betul.

Persoalan utama ialah sama ada dokumen diperiksa dengan betul di Sepanyol sebelum diluluskan. Proses ini tidak pernah dipatuhi sebelum ini,” katanya.

Mengakui kekecewaan rakyat mengenai isu tersebut, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa proses sewajarnya mesti dihormati.

“Kita tidak boleh memintas proses. Kita perlu beri peluang kepada FAM untuk mempertahankan diri dan biarkan siasatan berjalan,” katanya.

Apabila ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil jika FAM didapati bersalah, Anwar mengesahkan bahawa hukuman akan dikenakan, tetapi keputusan tidak boleh didahului.

“Ya, tindakan tegas mesti diambil jika perlu. Ini telah dibincangkan dalam Kabinet, tetapi kita tidak boleh mendahului. Kita mesti ikut proses yang betul. Ia akan menjadi situasi sukar untuk FAM, katanya.

Perdana Menteri turut menyentuh kepentingan membangunkan bakat bola sepak tempatan, namun mengakui bahawa proses itu memerlukan masa dan usaha sedang giat dijalankan.

Anwar menamatkan lawatan tiga harinya ke Addis Ababa pada 20 November sebelum berlepas ke Johannesburg untuk Sidang Kemuncak Pemimpin G20. Beliau juga dijadualkan melawat Nairobi, Kenya pada 23 dan 24 November sebelum pulang ke Malaysia.

Pada 3 November, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk dunia itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan tersebut kerana memalsukan dokumen di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.

Akibatnya, FAM didenda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 (sekitar RM11,000). Para pemain turut digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak. – 21 November 2025

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related