◉ HEADLINES

‘Itu pandangan Amirudin’, kata Anwar berhubung Nurul Izzah dicadang pengganti MB Selangor

PM berkata MB Selangor juga belum berbincang dengannya berhubung perkara itu

10:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak ada sebarang perbincangan mengenai kemungkinan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Itu pandangan beliau (Amirudin). Dia tidak berbincang dengan saya pun,” katanya ketika diminta mengulas cadangan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari supaya Nurul Izzah menggantikannya.

Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata beliau telah menyampaikan cadangan tersebut kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan.

Mengenai kesediaan Ahli Parlimen Gombak itu menerima tanggungjawab di peringkat Persekutuan, Anwar menjawab: “Pilihan raya bila? Masih lama lagi… kita bincang kemudian.”

Perdana Menteri juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kemungkinan rombakan Kabinet.

“Rombakan itu bagi mengisi kekosongan. Boleh cadangkan beberapa nama? Saya akan pertimbangkan,” katanya berseloroh ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Johannesburg.

Mengulas pandangan bahawa Amirudin bersedia menyertai pentadbiran Persekutuan, Anwar berkata: “Itu satu jawatan sahaja. Sekurang-kurangnya ada tiga kekosongan.”

Dalam pada itu, ketika sesi soal jawab, beliau turut menyambut baik cadangan supaya kerajaan menubuhkan Pusat Pengajian Afrika bagi memperluas pemahaman terhadap 54 negara di benua tersebut.

“Saya akan pertimbangkan. Cadangan yang baik,” katanya.

“Kita ada Pengajian Eropah, kita memahami sejarah Amerika, dan kita biasa dengan tamadun India, tetapi kita kurang memahami Afrika secara keseluruhan, termasuk Amerika Latin,” kata Anwar yang berada di Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20.

Menyentuh gesaan supaya lebih banyak pelaburan Malaysia dibawa ke benua Afrika, Anwar berkata komuniti perniagaan merupakan pihak terbaik untuk meneroka peluang dan membuat keputusan komersial.

“Peranan kerajaan adalah menggalakkan dan memudah cara,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar menggesa rakyat Malaysia di luar negara untuk sentiasa memberikan yang terbaik dan tidak cepat berpuas hati.

“Lakukan yang terbaik. Kita perlu menimba ilmu,  tetapi bukan sekadar memperoleh atau menyerap ilmu.

“Kita juga mesti komited menyebarkan perkara yang benar, yang betul dan yang adil,” katanya. – 22 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related