◉ HEADLINES

Malaysia, Thailand koordinasi bantuan banjir di Hatyai: Ahmad Zahid

TPM berkata koordinasi dibantu maklumat terkini menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementerian Luar dan kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di Hatyai.

Beliau berkata Malaysia menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla juga akan memperoleh maklumat terkini berkenaan situasi banjir yang berlaku di wilayah itu.

“Kita akan mendapat maklumat terkini daripada Konsul Jeneral kita di Songkhla, serta koordinasi akan dibuat dengan Kementerian Luar dan mungkin dengan kerajaan Thailand dan juga Gabenor di wilayah Songkhla untuk kita berikan bantuan kepada mereka. 

“Dan seboleh mungkin mereka mahu pulang cepat ke negara kita dan mungkin kita sediakan kenderaan berat untuk mengangkut mereka supaya dapat pulang ke kawasan masing-masing,” katanya kepada media selepas merasmikan program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): Moh Kita Sihat di Bagan Datuk hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah bakal diambil kerajaan sekiranya mangsa yang juga rakyat Malaysia terus terkandas di wilayah itu akibat banjir.

Media melaporkan malam tadi, kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terkandas berikutan banjir di Hatyai dan beberapa kawasan di sekitar selatan Thailand dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Ahmad Zahid berkata, air dijangkakan akan surut pada tengah hari ini dan berharap koordinasi dapat dilakukan untuk membantu rakyat Malaysia yang terperangkap supaya mereka dapat dibawa pulang dengan segera.

“Terutamanya para pelajar dan guru yang terperangkap, kira-kira 40 orang dan kita harap mereka bekerjasama dengan Konsul Jeneral di Songkhla untuk dapat kembali ke tanah air,” katanya yang turut mengulas bahawa Kementerian Pendidikan juga punya langkah tersedia sekiranya ia membabitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata beliau telah membentangkan kepada Jemaah Menteri bahawa kesiapsiagaan melalui Jawatankuasa Bencana Pusat dan juga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah digerakkan bermula pada 13 November lalu bagi musim Monsun Timur Laut (MTL).

“Kini terdapat enam negeri yang terlibat, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta sedikit di utara Perak. 

“Kita telah mengadakan koordinasi dengan Jabatan Meteorologi Malaysia, JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi penguatkuasaan yang lain agar apabila amaran berpindah itu diberi tiga hari lebih awal daripada jangkaan untuk luruan hujan bertambah dan air meningkat, maka kita harap amaran awal ini dapat dipatuhi sepenuhnya,” katanya. – 23 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related