◉ HEADLINES

40 pelajar UUM terperangkap di Hatyai mohon bantuan makanan, bekalan asas segera

Arus air yang sangat deras di kawasan berkenaan tidak mengizinkan usaha menyelamat dijalankan

7:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 40 pelajar dan pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di Hotel Wangburapa Grand, Hatyai, amat berharap agar pihak konsulat Malaysia di situ dapat menghantar bekalan makanan, minuman dan lain-lain keperluan asas dengan segera.

Ini kerana, kata, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof Ahmad Martadha Mohamed, bekalan makanan dan keperluan asas mereka kini sudah semakin berkurangan.

Pelajar berkenaan dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), mengikut program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025 di Hatyai dan sepatutnya pulang ke tanah air pada 22 November lalu.

“Untuk makluman, keadaan air di sekitar penginapan pelajar dan pensyarah di Hotel Wangburapa Grand semakin meningkat dan arus air sangat deras tidak mengizinkan laluan kenderaan darat, selain makanan dan keperluan asas sudah semakin berkurangan.

“Mereka sangat berharap agar pihak Konsulat Malaysia di Hatyai dapat menghantar bekalan makanan, minuman dan lain-lain keperluan asas dengan segera.

“Pihak UUM terus berhubung dengan Pejabat Konsulat, badan bukan Kerajaan (NGO) dan beberapa pemimpin Islam termasuk menggerakkan alumni UUM di sana untuk membantu menghantar makanan, minuman dan ubat-ubatan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai seorang pelajar yang mengidap Talasemia, beliau memberitahu, Pengarah Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan UUM, Dr Adi Azhar Abdul Razak memaklukan pembawa Talasemia tersebut tidak serius.

Ibu bapa pelajar berkenaan, katanya, juga sudah dimaklumkan perkara berkenaan bagi mengelak kerisauan.

Tegasnya, arus deras di sekitar Hotel Wangburapa Grand yang berdekatan dengan sungai, menyebabkan sebahagian bot kecil terbalik, malah beberapa usaha menyelamat telah dilakukan dua hari lalu namun tidak berjaya kerana arus deras.

“Pihak UUM juga amat berterima kasih kepada masyarakat sekitar yang prihatin yang telah menyediakan makanan bubur nasi untuk pelajar-pelajar dan staf UUM di sana.

“Difahamkan kerajaan juga telah mengambil pelbagai pendekatan untuk membantu membawa keluar pelajar-pelajar dan pensyarah UUM secepat mungkin,’’ katanya.

Beliau memberitahu, UUM juga telah menyediakan kenderaan untuk mengambil pelajar dan pensyarah berkenaan di laluan yang boleh dimasuki kenderaan. – 26 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas Dagangan expands used cooking oil collection network to 100 stations nationwide

Initiative promotes circular economy by turning household waste into income and supporting cleaner fuel production

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

◉ Related