HEADLINES

Shamsul Iskandar ke SPRM beri keterangan petang ini

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu sepatutnya memberi keterangan semalam, namun gagal kerana mempunyai urusan yang belum selesai di Sabah

9:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, petang ini berhubung dakwaan menerima wang daripada ahli perniagaan, Albert Tei.

Perkembangan itu disahkan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi media semalam.

Difahamkan, Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu sepatutnya memberi keterangan semalam, namun gagal kerana mempunyai urusan yang belum selesai di Sabah.

Shamsul Iskandar adalah seorang daripada tiga individu yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung klip video perbualan antara seorang wanita dan Albert Tei yang tular baru-baru ini.

Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, sudah hadir di Ibu Pejabat SPRM jam 2 petang semalam dan setakat jam 8 malam, proses merakam keterangannya masih belum selesai.

Albert pula dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam keterangan pada Isnin ini.

Terdahulu, media melaporkan dakwaan Albert kononnya beliau menyerahkan RM629,000 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu selepas diyakinkan wang yang disalur kepada beberapa ahli politik di Sabah dapat diperoleh semula.

Turut didedahkan ialah tangkap layar perbualan WhatsApp dan beberapa gambar yang dikatakan menjadi bukti menyokong dakwaan berkenaan.

Pada 25 November, Shamsul Iskandar meletak jawatan dan ia disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Iskandar didakwa melepaskan jawatan susulan cubaan menyerang dirinya dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan Madani. – 28 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related