HEADLINES

Kabinet baharu Sabah: BN sudah kemuka senarai calon – Zahid

TPM mengesahkan perkara itu selepas kerajaan negeri meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan

3:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet baharu Negeri Sabah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan perkara itu dengan menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan.

“Bagi PRN Sabah, pembentukan kerajaan akan dilakukan secepat mungkin. Kita menghargai kerjasama pelbagai parti selain GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang berjalan dengan baik.

“Malah, saya sendiri telah menghubungi Ketua Menteri baharu Datuk Seri Hajiji Noor, serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menstabilkan politik di Sabah,” katanya kepada media selepas menghadiri taklimat ringkas mengenai bencana banjir di Bagan Datuk hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas prestasi BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung dua hari lalu.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan keutamaan kini adalah memastikan kestabilan politik Sabah agar pembangunan negeri dapat diteruskan, termasuk projek berkaitan bekalan elektrik, air dan infrastruktur jalan raya.

“Yang penting, kesejahteraan rakyat serta aspirasi Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Sebaik PRN Sabah ke-17 melabuhkan tirai, Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa BN bersedia bekerjasama dengan parti-parti sehaluan bagi membentuk kerajaan baharu demi menjamin kestabilan politik negeri. – 1 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related