◉ HEADLINES

Usul untuk gantung Takiyuddin selama enam bulan ditangguhkan

Insiden melibatkan APMM ini berbangkit kerana salah faham dan tiada ancaman keselamatan awam

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menangguhkan usul untuk menggantung Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) selama enam bulan daripada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan peristiwa Memali.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, yang memberitahu, keputusan itu dibuat selepas menimbang hujah semua pihak.

“… kita memahami selepas kita dengar hujah daripada semua (Ahli Parlimen) dan menimbang hujah-hujah diberikan, yang diutarakan… maka kita bagi pihak kerajaan mohon usul ini ditangguhkan dan dibawa ke sesi (sidang Dewan Rakyat) akan datang” katanya.

Menurut Shamsul, insiden melibatkan APMM ini berbangkit kerana salah faham dan tiada ancaman keselamatan awam.

“Sebagai kerajaan, bagi perancangan masa depan, kita akan mantapkan SOP dan pastikan pelaksanaan lebih relevan.

“Bagaimanapun ekoran kenyataan itu, APMM menerima kecaman hebat di media sosial dan isunya ialah disebabkan nama baik APMM tercalar, maka sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk menjawab,’’ katanya.

Terdahulu, Takiyuddin meminta supaya beliau dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya mengenai latihan APMM di Masjid Rusila, yang dikaitkan dengan peristiwa Memali.

Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) menggesa supaya beliau dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

“Rujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Berikan saya hak untuk dibicarakan. Saya berhak didengar,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu ketika ahli-ahli Dewan membahaskan usul berkenaan.

“Saya mempunyai kes yang boleh dibicarakan,” tambahnya.

Takiyuddin berkata beliau tidak keberatan untuk menghadapi jawatankuasa bagi membuktikan kesnya, tetapi menolak nasibnya ditentukan terus oleh Dewan Rakyat.

Sementara itu, Shamsul Anuar ketika membentangkan usul berkenaan berkata, Takiyuddin dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan Peristiwa Memali tahun 1985, serangan terhadap tempat suci ibadat dan percubaan menakutkan rakyat, di mana ucapannya telah memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam.

Jelasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk dan Ahli Parlimen Marang masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober 2025 melalui pemakluman oleh polis, mengetahui kejadian tersebut adalah pelaksanaan Latihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team oleh APMM.

“Ucapan Kota Bharu tersebut mencalarkan imej APMM malah anggota APMM yang didakwa terlibat dengan insiden tersebut mungkin teraniaya disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas ini,’’ katanya. – 4 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Maybank experiencing intermittent slowness affecting duitnow services

Maybank said that some transactions may take longer than usual or are temporarily unavailable

GRS, PH, BN and Warisan in race to form Sabah government as negotiations heat up

With UPKO, KDM, STAR, and independents holding the balance of power, a new coalition is set to emerge after a closely contested election

Under-16 social media users given one month before action taken as ONSA measures launch today

As new measures begin today, Malaysian Communications and Multimedia Commission says age verification under the Online Safety Act will also be carried out by platforms for existing users over a period of up to six months

◉ Related