◉ HEADLINES

Beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat, jalan sesak teruk

Banjir yang berlaku hanyalah limpahan air dan kesemuanya telah surut

9:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira satu jam petang ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Mohd Hafizan Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.55 petang dan sebanyak 18 anggota dan pegawai daripada dua balai bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata antara kawasan terjejas ialah Jalan Sentul Pasar di Taman Bahagia, Jalan Batu Bata di Titiwangsa Sentral, Jalan Haji Salleh di Sentul, Kampung Chubadak Dalam serta Batu 2½, Jalan Ipoh.

“Banjir yang berlaku hanyalah limpahan air dan kesemuanya telah surut. Tiada mangsa terlibat serta tiada kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial berkongsi video dan gambar yang menunjukkan kawasan di sekitar ibu negara dinaiki air berikutan hujan lebat. 

Antara lokasi yang tular termasuk di sekitar Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak serta kawasan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, selain beberapa laluan utama di pusat bandar mengalami kesesakan teruk. – 4 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Regulation over prohibition: nationwide vape ban ‘a gift to black-market syndicates’

Experts warn a blanket ban could undermine public health goals, fuel black-market activity, and penalise compliant businesses

◉ Related