HEADLINES

Isu projek Fidlot: PN tak campur tangan kes Ahli Parlimen Padang Serai

11:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyerahkan sepenuhnya kes membabitkan Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin berkait projek usaha sama ternakan lembu kerajaan Kedah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dijelaskn Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menegaskan pihaknya tidak mencampuri isu berkenaan dan enggan mengulas lanjut.

“Kita tidak campur urusan ini sebaliknya menyerahkan kepada proses perundangan.

“Kita mengambil pendekatan seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Dalam kes ini kita terbuka dan turut berharap Ahli Parlimen Padang Serai berkenaan turut diberi hak yang sewajarnya ,” katanya yang juga Ketua Whip PN lapor BH.

Semalam, Azman mengesahkan penahanannya dan mengakui akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam Isnin ini.

Beliau berkata, pertuduhan akan dibuat di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 berkait satu projek usahasama ternakan lembu kerajaan Kedah didakwanya mempunyai unsur ‘pengaruh politik’.

Sumber SPRM sebelum itu memaklumkan seorang Ahli Parlimen ditahan berkaitan kes melibatkan usahasama ternakan lembu (Fidlot) milik kerajaan Kedah.

Siasatan dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot, katanya. – 6 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related