HEADLINES

Anak bekas tahanan ISA Singapura Zulfikar Shariff, maut kemalangan di Melbourne

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di MY College

5:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak perempuan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura, Zulfikar Shariff iaitu Sayyida Nafeesa, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Melbourne, Selasa lalu.

Sayyida Nafeesa, 21, bertugas sebagai pegawai pentadbiran dan pendaftaran di MY College, sebuah kolej Islam di Melbourne.

Laporan media di Australia menyatakan, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya kira-kira jam 7:45 pagi ketika nahas itu berlaku.

Kejadian itu berlaku apabila sebuah kereta bertembung dengan sebuah lori di hadapan kenderaan yang dinaiki mangsa. Lori berkenaan kemudian terbalik dan merempuh sebatang tiang besar, menyebabkan tiang itu tumbang dan jatuh menghempap bumbung kereta Honda yang dipandu oleh Allahyarhamah Sayyida Nafeesa.

Meskipun petugas kecemasan berusaha untuk menyelamatkannya namun Sayyida disahkan meninggal dunia.

Sayyida menetap di Australia bersama bapa, ibunya, Shireen Abdul Samad, dan lima adik-beradik lelaki. Bapa dan abangnya tiba di lokasi kemalangan setelah mengetahui kejadian itu.

Berita kematian Sayyida dimaklumkan bapanya menerusi Facebook.

Zulfikar, 54, menjadi perhatian bulan lepas selepas Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengeluarkan arahan sekatan serta pemansuhan terhadap akaun TikTok dan Facebooknya yang didakwa mengandungi hantaran berbaur hasutan.

Beliau melepaskan kewarganegaraan Singapura pada 2020 dan menjadi warganegara Australia, setelah berpindah ke negara berkenaan bersama keluarganya pada 2002.

Zulfikar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2016. Ketika di Singapura, Zulfikar pernah mengendalikan beberapa perniagaan di Singapura, termasuk yang berkaitan dengan pembangunan perisian serta industri makanan dan minuman.

Beliau juga pernah menguruskan Sinews Radio, sebuah syarikat penyiaran dan radio, dari 2001 hingga 2004. – 12 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related