HEADLINES

12 lukisan bernilai RM140 juta kembali ke Malaysia

SPRM sahkan persiapan rapi sedang dilakukan bersama pihak berkuasa AS bagi pemulihan aset 1MDB

9:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua belas lukisan agung bernilai lebih AS$30 juta (RM140 juta) yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, menegaskan proses membawa pulang karya seni itu bukan sekadar urusan logistik, tetapi menyentuh soal maruah serta langkah besar dalam usaha pemulihan aset negara.

“Kita ketika ini sedang menilai kos untuk membawa pulang lukisan-lukisan yang amat bernilai tinggi ini. Lukisan-lukisan ini penting untuk kedaulatan negara, jadi ia perlu dijaga sebaiknya termasuk proses membawa pulang ke Malaysia,” katanya memetik laporan BH.

Difahamkan, persiapan rapi sedang dilakukan bersama pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi memastikan lukisan-lukisan berharga itu tiba dengan selamat.

Antara karya yang bakal kembali ialah hasil Pablo Picasso, Joan Miró, William H. Bailey, Alexander Calder dan Henri Matisse – kesemuanya pernah berada di bawah kawalan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan rumah lelong terkenal Christie’s serta Sotheby’s.

Pemulangan aset seni ini dipersetujui minggu lalu selepas rundingan dua hala antara SPRM, FBI dan DOJ di Washington serta New York. Ia sekali gus menandakan kejayaan kerjasama antarabangsa dalam memburu aset yang dikaitkan dengan saksi kes 1MDB, Jasmine Loo, serta individu dalam buruan, Jho Low.

SPRM dalam kenyataan turut menyebut perbincangan dengan DOJ menyentuh isu lain termasuk kes penyanyi rap Pras Michel yang dijatuhi hukuman 14 tahun penjara kerana menerima AS$120 juta, sebahagiannya berkaitan dana 1MDB.

Langkah membawa pulang lukisan ini bukan sekadar pemulihan aset, tetapi simbol bahawa Malaysia terus berusaha menuntut kembali haknya di pentas global. – 22 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related