◉ HEADLINES

Toleransi, kebersamaan dan perpaduan asas kestabilan sosial negara : Ramanan

Nilai-nilai murni sejagat seperti kasih sayang, pengorbanan, keinsafan, kedamaian dan harapan adalah selaras dengan aspirasi dan kerangka Malaysia Madani

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semangat toleransi, kebersamaan dan perpaduan yang terus dipukul bersama merupakan asas kepada kestabilan sosial serta kemakmuran negara, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan.
.
Dalam ucapan sempena sambutan Hari Krismas esok, Ramanan berkata, dalam konteks negara yang berbilang kaum, agama dan budaya, sambutan Krismas mencerminkan keindahan kepelbagaian yang menjadi kekuatan utama Malaysia.

“Perayaan Krismas merupakan saat yang amat bermakna kerana ia menzahirkan nilai-nilai murni sejagat seperti kasih sayang, pengorbanan, keinsafan, kedamaian dan harapan.

“Nilai-nilai ini amat penting dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni, penyayang serta saling menghormati, selaras dengan aspirasi dan kerangka Malaysia Madani,’’ katanya.

Ramanan turut menyeru semua rakyat Malaysia supaya bersama-sama mendukung dan menghormati penganut semua agama.

“Inilah masanya untuk menyerlahkan nilai-nilai yang menjadi pegangan penganut Kristian dan juga agama-agama lain, iaitu saling menghormati, bertoleransi antara satu sama lain serta membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Nilai-nilai ini merupakan teras bersama kita semua dalam meraikan kekayaan, kepelbagaian dan kesefahaman yang wujud di negara ini,’’ katanya.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia untuk terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan antara kaum sepanjang masa demi menjayakan visi dan misi yang telah direncanakan oleh Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga sambutan Krismas pada tahun ini membawa sinar kegembiraan, ketenangan jiwa serta keberkatan kepada anda sekeluarga.

“Saya juga berharap agar tahun baharu yang bakal menjelang membuka lembaran yang lebih baik, penuh dengan peluang, kemajuan dan kesejahteraan bersama,’’ katanya. – 24 Disember, 2025.

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related