◉ HEADLINES

Zahid mohon bebas, lepas 47 kes Dana Yayasan Akalbudi

'Anak guam telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi lebih dua tahun. Jadi tak adil untuk seseorang, pertuduhan itu sentiasa tergantung atas kepala beliau. Beliau perlu mencari kebenaran,' kata peguam

11:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Menurut peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 28 Januari lepas dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.

“Pihak kami membuat permohonan itu atas alasan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan media pada 8 Januari lepas telah memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan tersebut membabitkan anak guam (Ahmad Zahid).

“Anak guam telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi lebih dua tahun. Jadi tak adil untuk seseorang, pertuduhan itu sentiasa tergantung atas kepala beliau. Beliau perlu mencari kebenaran,” katanya, lapor Bernama.

Hisyam berkata demikian selepas prosiding kes berkenaan di hadapan Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor, di sini hari ini.

Menurut Hisyam, pihaknya telah mengemukakan permohonan itu bersama sijil perakuan segera kepada AGC pada 30 Januari lepas dan mahkamah menetapkan pendengaran permohonan itu pada 24 Februari ini. – 3 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related