◉ HEADLINES

PAS ucap selamat Hari Krismas ‘kepelbagaian adalah amanah yang mesti dilindungi’

Meskipun berlainan agama dan kepercayaan, rakyat Malaysia mesti bersatu hati dan impian dalam membina sebuah negara yang adil, selamat dan bermaruah untuk semua, kata Takiyuddin

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian dengan harapan ia akan menjadi detik untuk memperkukuh hubungan, memperbaharui harapan dan menegaskan komitmen kepada budaya kasih sayang serta muhibah sesama insan.

Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kepelbagaian adalah amanah yang mesti dilindungi dengan ikhlas dan bijaksana.

Meskipun berlainan agama dan kepercayaan, beliau memberitahu, rakyat Malaysia mesti bersatu hati dan impian dalam membina sebuah negara yang adil, selamat serta bermaruah untuk semua.

“Nilai-nilai yang dimuliakan semasa sambutan Krismas iaitu kasih-sayang, kemaafan, tawaduk dan khidmat bakti adalah juga nilai bersama yang meliputi semua agama dan kepercayaan termasuk Islam.

“Sewaktu dunia berdepan dengan konflik dan salah faham yang terus memburuk, Malaysia harus kekal sebagai teladan cemerlang kehidupan bersama yang sihat serta matang,’’ katanya.

Takiyuddin menambah, keharmonian tidak akan tercapai melalui keseragaman, namun PAS percaya ia boleh dinikmati melalui kesediaan serta keikhlasan dalam menghargai dan melindungi ruang serta tempat untuk semua warga di negara ini.

“Kita mungkin tidak akan bersetuju tentang semua perkara, namun kita boleh memilih untuk mendengar, memahami dan mendukung hak serta kehormatan semua orang yang bernaung di bawah langit Malaysia yang sama,’’ katanya. – 24 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related