HEADLINES

Siasatan isu transaksi mencurigakan pegawai kanan ATM perlu telus, tanpa campur tangan luar : RAFOC

Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) berkata langkah pembetulan serta pengukuhan sistem perolehan perlu dilaksanakan segera bagi menutup ruang penyelewengan masa hadapan

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap dakwaan transaksi kewangan luar biasa dalam akaun bank seorang pegawai kanan tentera mesti dijalankan secara bebas, profesional dan tanpa campur tangan luar.

Perkara berkenaan ditegas oleh Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC), Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim bagi memastikan kebenaran terungkap.

Sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai serius, Abdul Aziz berkata, ia perlu ditangani dengan penuh berhemah, berlandaskan prinsip keadilan ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’.

Semua proses siasatan, katanya, hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada, khususnya di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Angkatan Tentera 1972.

“Langkah pembetulan dan pengukuhan sistem perolehan perlu dilaksanakan segera bagi menutup ruang penyelewengan masa hadapan.

‘Siasatan ini perlu menjadi peringatan tegas kepada semua pegawai bahawa pangkat datang dengan tanggungjawab moral yang lebih besar, dan integriti adalah maruah yang tidak boleh dijual beli. Isu ini perlu dilihat secara objektif tanpa sebarang prejudis,’’ katanya dalam kenyataan.

SPRM sebelum ini memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung dakwaan Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mengenai isu pengubahan wang haram melibatkan pegawai kanan ATM.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beberapa saksi akan dipanggil bagi siasatan dakwaan transaksi luar biasa melibatkan akaun pegawai terbabit.

Beliau turut mengesahkan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Malah, semalam, sekumpulan pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk menyiasat kes berkenaan.

Menurut Abdul Aziz, meskipun proses perundangan sivil perlu dihormati namun instrumen pentadbiran dalam peraturan ini membolehkan tindakan tegas diambil bagi melindungi maruah organisasi
.
“Ia termasuk penyelarasan semula pangkat dan pemberhentian faedah tertentu, bagi memastikan bahawa pegawai yang gagal menjunjung amanah tidak terus mencemari kesucian institusi serta memastikan akauntabiliti terhadap pengurusan dana awam yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, perkara berkenaan tidak seharusnya mencerminkan keseluruhan imej ATM yang terdiri daripada ratusan ribuan anggota yang berkhidmat dengan jujur dan berani. – 25 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related