◉ HEADLINES

KTMB tawar 347,000 tempat duduk sempena cuti panjang, rekod terbesar dalam sejarah perkhidmatan

KTMB turut melancarkan program khas MADANI30 yang membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 30 peratus mengikut terma tertentu

5:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 347,000 tempat duduk ditawarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena cuti panjang yang akan tiba sekali gus menjadi rekod penawaran tiket terbesar dalam sejarah perkhidmatannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata, langkah itu diambil bagi menampung lonjakan permintaan luar biasa ekoran pertembungan tiga cuti umum utama dalam tempoh dua minggu melibatkan sambutan Aidiladha, Hari Wesak dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Beliau memberitahu, jumlah kapasiti yang disediakan pada musim perayaan kali ini memecahkan rekod penawaran perkhidmatan tren sebelum ini.

“Kali ini adalah cuti panjang dan kita menawarkan jumlah tiket terbesar yang tidak pernah kita tawarkan pada Aidiladha, malah ia melepasi jumlah jualan pada Aidilfitri baru-baru ini.

“Kita menyediakan 347,000 tempat duduk berbanding 150,000 pada hari raya lepas, bermaksud ketersediaan kapasiti kali ini meningkat lebih dua kali ganda,” katanya kepada Bernama.

Azlan Shah berkata daripada keseluruhan tiket yang merangkumi lebih 900 perjalanan tren, hampir 80 peratus atau 270,000 tiket telah habis terjual setakat ini, namun masih terdapat 60,000 hingga 70,000 tiket yang berbaki dan sedia untuk dibeli oleh pelanggan.

Beliau berkata tiket bagi sektor Pantai Timur melibatkan perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran telah habis dijual, manakala sektor selatan (Kuala Lumpur-Johor Bahru) mencatatkan jualan 88 peratus dan sektor utara (Kuala Lumpur-Padang Besar) mencecah 82 peratus.

Bagi meringankan kos perjalanan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman, KTMB turut melancarkan program khas MADANI30 yang membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 30 peratus mengikut terma tertentu.

“Bagi perkhidmatan Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) pula, kita memberikan diskaun 30 peratus di bawah kategori superior seat bagi mengurangkan bebanan dan membantu rakyat bergerak ke destinasi mereka,” kata Azlan Shah.

Berhubung kesiapsiagaan operasi, beliau memberi jaminan bahawa aspek teknikal telah diaktifkan sepenuhnya, termasuk ketersediaan set tren, landasan, sistem semboyan serta pelan kesinambungan perniagaan demi memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang.

Beliau turut menegaskan bahawa isu penipuan tiket palsu tidak akan timbul susulan penggunaan sistem pas masuk tanpa tiket fizikal menerusi aplikasi telefon pintar serta Sistem Pembayaran Terbuka yang diguna pakai secara menyeluruh oleh KTMB. – 23 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related