◉ HEADLINES

Calon Pengerusi PN akan dipilih minggu depan dari PAS: Hadi

Hadi berkata PAS mempunyai ramai calon sesuai termasuk dalam kalangan ahli politik dan teknokrat

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS akan mengambil kepimpinan Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Hadi, bagi tujuan itu, mesyuarat khas akan diadakan minggu depan bagi memilih pengerusi baharu.

“PAS mempunyai ramai calon yang sesuai, termasuk ahli politik dan teknokrat.

“Apa yang pasti, pengerusi itu akan dipilih daripada kalangan pemimpin PAS,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri kuliah di Masjid Rusila.

Ditanya kemungkinan beliau akan menerajui PN seperti cadangan beberapa pihak, Abdul Hadi sekadar menjawab dirinya dalam keuzuran.

“Memang saya ni, orang kata dalam keadaan keuzuranlah. Kita bincang dalam parti. Dan ada orang,’’ katanya.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan bahawa beliau merupakan calon paling sesuai untuk menerajui gabungan tersebut.

“Kita dah buat keputusan akan ambil ahli PN. PAS akan ambil ahli pimpinan PN. Kita akan bincang dalam mesyuarat.

“Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama Bersatu. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama ada) hendak datang (mesyuarat) atau tidak,’’ katanya.

Kekosongan jawatan Pengerusi PN berlaku susulan pengumuman Muhyiddin untuk meletak jawatan, berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas lebih lima tahun memimpin gabungan itu.

Pengunduran Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu turut disertai beberapa pemimpin Bersatu lain.

Mereka termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan Setiausaha Agung PN dan pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Pengerusi PN Negeri Sembilan). – 2 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related