◉ HEADLINES

‘Tidak gentar’ Ketua Polis Kelantan sahkan terima ugutan

Ugutan itu kemungkinan dilakukan ahli sindiket yang marah dengan ketegasan polis Kelantan dalam membendung kegiatan jenayah di negeri itu

9:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan menerima ugutan, dipercayai ada kaitan dengan sindiket jenayah yang terjejas susulan tindakan tegas yang diambil oleh polis negeri itu dalam membanteras kegiatan jenayah.

Menurut Mohd Yusoff, ugutan tersebut diterima pada 22 Disember lalu menerusi contengan menggunakan dakwat merah di dinding Lapang Sasar Kontinjen Polis Kelantan di Gunong, Bachok.

Ugutan itu, katanya, kemungkinan dilakukan ahli sindiket yang marah dengan ketegasan polis Kelantan dalam membendung kegiatan jenayah di negeri itu.

“Berdasarkan tulisan pada dinding serta bahasa yang digunakan, saya juga tidak menolak kemungkinan perbuatan ini telah dirancang lebih awal oleh sindiket berkenaan.

“Kita berjihad buat apa nak takut. Saya tidak menolak perkara tersebut dilakukan kerana rasa tercabar dengan tindakan tegas Polis Kelantan dalam memerangi jenayah di negeri ini melibatkan sindiket along dan sebagainya,’’ katanya, lapor media.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular di media sosial memaparkan contengan cat berwarna merah mengandungi mesej ugutan yang menyasarkan Ketua Polis Kelantan di Lapang Sasar Kontinjen Polis Kelantan di Gunong.

Salah satu mesej tersebut berbunyi ‘Jangan Lari Dato KP’.

Mohd Yusoff memberitahu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Polis Kelantan sedang berusaha mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini. Saya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu pihak polis,” katanya. – 2 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

◉ Related