HEADLINES

Bayaran semula PTPTN tidak jejas pinjaman perumahan

Menteri Pendidikan Tinggi berkata tindakan hanya terhadap peminjam culas

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bayaran semula pinjaman PTPTN tidak akan menjejaskan kelayakan pinjaman perumahan atau lain-lain pinjaman bank, tegas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau menjelaskan tindakan hanya dikenakan terhadap peminjam yang langsung tidak membuat bayaran dan gagal berhubung dengan PTPTN bagi membincangkan kedudukan kewangan mereka.

“Kita guna istilah keihsanan. Kita tidak mahu peminjam rasa terbeban. Bagi mereka yang membayar tetapi berdepan kesulitan, ruang perbincangan sentiasa ada,” katanya sambil menegaskan arahan kerajaan kepada PTPTN agar memberi peluang dialog kepada peminjam.

Zambry berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kepada 1,350 pelajar dalam program Kembali ke Sekolah di Dewan Merdeka, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan sambutan terhadap Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini mencecah RM20 bilion, sekali gus mencerminkan kesedaran ibu bapa untuk menabung demi masa depan pendidikan anak-anak.

“Sambutan SSPN sangat baik, dividen meningkat setiap tahun. Saya galakkan ibu bapa dan sesiapa sahaja menabung demi masa depan anak-anak,” katanya.

Selain PTPTN, kerajaan turut menyediakan pelbagai saluran bantuan pendidikan, termasuk program SULUNG yang memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. – 4 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related