◉ HEADLINES

3 feri hangus di limbungan Bukit Malut

JBPM berkata tiada mangsa terlibat dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.07 malam

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga feri penumpang yang sedang diselenggara di Dermaga Kapal Bukit Malut, dekat Langkawi, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Namun kejadian kebakaran pada jam 9.35 malam itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Mohd Zamri Abd Ghani berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.46 malam dan tiba di lokasi kira-kira 17 minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran melibatkan enam feri, dengan dua daripadanya musnah kira-kira 80% dan hanyut ke laut sejauh lebih kurang 50 meter dari lokasi asal.

“Sebanyak satu feri lagi terbakar kira-kira lima peratus, manakala tiga feri berjaya diselamatkan daripada marak api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamri berkata satu daripada feri yang terbakar dan hanyut berjaya ditarik ke tebing dengan bantuan bot nelayan, manakala sebuah lagi feri tidak dapat ditarik berikutan air mula memasuki bahagian belakang, menyebabkan pihak bomba membiarkan api padam sepenuhnya dengan pemantauan rapi.

Menurut beliau, seramai 23 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan Langkawi dikerahkan ke lokasi, dengan operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos serta dua pancutan air.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 11.07 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.10 pagi tadi,” katanya. – 20 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

◉ Related