HEADLINES

STR mula disalur hari ini: MOF

Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, kekal tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan

9:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 mula disalurkan Kerajaan hari ini membabitkan peruntukkan berjumlah RM1.1 bilion.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, jumlah itu akan memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.

Mereka yang layak akan menerima sebanyak RM100 sehingga RM500, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Selaras dengan usaha Kerajaan Madani untuk memastikan inisiatif ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup secara lebih berkesan, kerajaan menyusun semula pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini.

“Di bawah penambahbaikan ini, lebih lapan juta rakyat layak menerima bantuan SARA secara bulanan, termasuk 400,000 daripada kalangan miskin dan miskin tegar berdasarkan pangkalan data eKasih.

“Ini menjadikan SARA sebagai bentuk bantuan asas yang menyediakan sokongan berterusan kepada rakyat,” kata MOF dalam kenyataan,” kata MOF dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan, STR pula diberikan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih.

Pendekatan bersepadu itu memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan, di samping memberi ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan berkata, peruntukan keseluruhan STR dan SARA bagi tahun ini berjumlah RM15 bilion, kekal yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

“Apakala rakyat terbela dan keperluan asas dipenuhi, nescaya siling ekonomi dapat kita naikkan bersama dengan lebih bermaya dan lestari,” katanya dalam kenyataan sama.

Bagi mengurangkan risiko keciciran, MOF menjelaskan, permohonan baharu dan rayuan STR dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my.

“Kelayakan STR adalah berdasarkan had pendapatan seperti yang ditetapkan. Selaras dengan amalan terbaik bagi pelaksanaan program bantuan sosial, setiap permohonan turut melalui proses semakan dan verifikasi dengan pelbagai agensi Kerajaan bagi mengesahkan kelayakan pemohon.

“Bagi pemohon baharu, selain daripada had pendapatan, semakan berkala akan diadakan setiap suku tahunan untuk menyemak pemilikan kediaman, pemilikan kenderaan, pemilikan perniagaan, serta rekod bekerja atau menetap di luar negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua pemohon bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat dan benar dalam permohonan mereka.

“Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil, termasuk kerajaan berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” katanya.

MOF turut mengingatkan penerima STR agar berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebagai langkah keselamatan, MOF tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp, dan penerima disaran merujuk hanya kepada portal rasmi STR bagi sebarang maklumat terkini,” tegas kenyataan itu. – 20 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related