◉ HEADLINES

BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar

Mohd Kurniawan Naim, atau lebih dikenali sebagai Naim Moktar, meraih 19,852 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi

11:31 PM MYT

 

KINABATANGAN – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas calonnya, Mohd Kurniawan Naim Moktar menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag di sini malam ini.

Mohd Kurniawan Naim, atau lebih dikenali sebagai Naim Moktar, meraih 19,852 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, yang juga bapa kepada Mohd Kurniawan Naim, pada 5 Dis tahun lepas.

Pada  Pilihan Raya Umum ke-15, Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas meraih majoriti 4,330 undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

Eddy Syaizul Rizam berkata sebanyak 369 kertas undi yang ditolak pada PRK itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat pada PRK berkenaan dan berkata perjalanan proses demokasi berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Terdahulu, Mohd Kurniawan Naim, yang memakai baju kemeja T hitam hadir ke dewan itu pada 9.05 malam dengan diiringi Timbalan Pengerusi BN Datuk Jafry Ariffin. – 24 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related