HEADLINES

Kanak-kanak 5 tahun wajib ikuti prasekolah: Kabinet

Jemaah Menteri menetapkan prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan, mewajibkan murid berusia lima tahun mengikuti kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan institusi berkaitan

7:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jemaah Menteri Jumaat lalu telah menetapkan bahawa kanak-kanak berusia lima tahun diwajibkan mengikuti prasekolah.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Kabinet.

“Mesyuarat Kabinet Jumaat lalu memutuskan prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan, di mana kanak-kanak berumur lima tahun diwajibkan mengikuti kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah lain di bawah kementerian,” katanya kepada media selepas merasmikan pecah tanah syarikat QL Inno Food Parks Bagan Datuk hari ini.

“Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan terus mendidik kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun selaras Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood Park, Hutan Melintang di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ahmad Zahid berkata, Jemaah Menteri juga telah memutuskan bahawa Kemas akan meneruskan kelas yang sedang berjalan mengikuti kurikulum sedia ada.

“Perlu ada penyelarasan dan juga pengubahsuaian supaya ada kesinambungan silibus ataupun mata pelajaran itu dengan tadika ataupun kelas prasekolah di sekolah kebangsaan untuk murid-murid yang berumur lima tahun ini,” katanya

Mengulas mengenai Pelan Pendidikan Malaysia, Ahmad Zahid berkata, ia merupakan sebuah pelan terkini yang disesuaikan dengan keperluan semasa dalam menyediakan pelajar berusia enam tahun untuk memasuki darjah satu.

Pada 19 Jan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan ke Tahun Satu mulai sesi persekolahan 2027, melalui pelancaran RPN 2026-2035.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pendidikan awal di bawah Kemas akan terus dipersiapkan secara teliti kerana institusi ini berperanan sebagai feeder classes (kelas persediaan) untuk kelas prasekolah lima tahun di bawah Kementerian Pendidikan. – 25 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia ranks 13th in Global Peace Index, maintains strong score despite drop

Home Minister Saifuddin Nasution says Malaysia’s consistent peace score was overtaken by improved performances from other nations, including Scandinavian countries

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related