◉ HEADLINES

TH nafi 10,000 kekosongan kuota haji tahun ini

Lembaga Tabung Haji menegaskan sebaliknya keseluruhan kuota jemaah negara sudah dipenuhi dan kini berada dalam fasa akhir proses tawaran rasmi

2:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menepis dakwaan di media sosial yang tular kononnya terdapat kira-kira 10,000 kekosongan rayuan menunaikan haji bagi musim 2026.

Ketika ini keseluruhan kuota jemaah haji negara sudah dipenuhi dan berada dalam fasa terakhir proses tawaran haji yang dilaksanakan mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan.

TH berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini, hari ini.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

“Maklumat rasmi berkaitan urusan haji hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi TH saja,” katanya dalam kenyataan media tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, tular di media sosial kononnya terdapat kekosongan mencecah 10,000 kuota jemaah dari negara ini tahun ini, sekali gus mengundang pelbagai persoalan daripada pelbagai pihak. – 28 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related