HEADLINES

MCMC lancar kohort ketiga ALPs, 40 pegawai HiPo dipersiap hadapi era digital dan AI

Program kepimpinan berprestij ini memperkukuh barisan pemimpin masa depan MCMC dengan pensijilan profesional AI, kursus MBA, serta pendedahan global demi kelestarian kepimpinan

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya melancarkan kohort ketiga Accelerated Leadership Programme Series (ALPs), membabitkan 40 pegawai Berpotensi Tinggi (HiPo).

Program yang pernah memenangi anugerah ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan MCMC untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan serta memastikan kesinambungan dan kelestarian barisan kepimpinan dalam Suruhanjaya.

MCMC dalam satu kenyataan berkata sebagai komponen utama kepada Leadership Continuum Suruhanjaya, ALPs direka untuk mempersiap pemimpin baharu agar mampu menggalas peranan dan tanggungjawab yang lebih luas dalam menghadapi perubahan teknologi yang pesat, khususnya dalam persekitaran yang semakin digital serta didorong oleh kecerdasan buatan (AI).

“Siri Accelerated Leadership Programme ini berpaksikan kepada tiga (3) objektif utama iaitu membangunkan bakat berorientasikan masa hadapan dalam MCMC bagi memastikan kekuatan barisan kepimpinan yang diperlukan; membina keupayaan kritikal untuk menerajui transformasi organisasi dalam era digital dan dipacu AI; dan mendorong budaya berprestasi tinggi sambil menyokong perkembangankerjaya yang berstruktur dalam MCMC.

“Sebagai pelengkap, para peserta juga akan mengikuti pensijilan profesional Kecerdasan Buatan (AI) daripada United States Artificial Intelligence Institute (USAII®), sebuah badan yang diiktiraf di peringkat global, bagi memperkukuh kompetensi digital dan AI secara praktikal selaras dengan mandat kawal selia dan pembangunan MCMC,” kata kenyataan itu.

Selain itu, perjalanan pembelajaran yang tersusun ini merangkumi pengajian kursus MBA dan projek akhir, kelas-kelas master kepimpinan, sesi bimbingan eksekutif (executive coaching), serta komponen pembelajaran berasaskan pengalaman.

“Program ini turut memberi penekanan yang kukuh terhadap pembangunan keupayaan inovasi, dengan para peserta dikehendaki untuk mencetuskan idea dan melaksanakan inisiatif inovasi, di samping mewakili MCMC dalam pertandingan antarabangsa — sekali gus memberikan pendedahan kepada amalan terbaik global, trend baharu, serta perspektif rentas sempadan,” katanya.

Secara keseluruhan, Siri Accelerated Leadership Programme mencerminkan komitmen jangka panjang MCMC terhadap pembangunan kepimpinan secara sistematik, kemajuan bakat, serta kesiapsiagaan organisasi, agar MCMC kekal tangkas dan berkesan dalam menangani cabaran kawal selia, industri dan teknologi pada masa hadapan. – 4 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related