HEADLINES

4 Ahli Parlimen, dua Adun, beberapa Ketua Bahagian Bersatu antara yang dipecat setakat ini

Selain empat Ahli Parlimen, dua Adun turut dipecat oleh Lembaga Disiplin Bersatu

8:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 17 ahli parti Bersatu telah dipecat Lembaga Disiplin termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atas dakwaan mensabotaj parti.

Selain Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Larut yang dipecat, yang lain ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan, Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal (Machang).

Wan Fayhsal sebelum ini digantung selama enam bulan.

The Star yang memetik sumber melaporkan dua Adun iaitu Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik, Perak) dan Dr Yadzil Yaakub (Bemban, Melaka) turut dipecat.

“Seramai 11 lagi ahli parti turut dipecat pada hari ini,’’ kata portal berkenaan.

Sementara media lain melaporkan antara ketua bahagian yang dipecat ialah Zulkifli Bujang (Johor Bahru), Yunus Nurdin (Libaran), Yunus Yusop (Tapah), Kamaruddin Majid (Teluk Intan), Hassuandi Hamzah (Larut), Ahmad Ishak (Gopeng), Abdul Aziz Ismail (Dungun), Ahmad Nasir Mid (Selayang), Shafiq Halim (Hulu Langat), Ramlan Meon (Tangga Batu) dan Nabila Norsahar (Sepanggar).

Mereka dipecat kerana dikatakan melanggar peruntukan dalam perlembagaan Bersatu yang memperuntukkan ahli mesti mematuhi perlembagaan parti, kod etika dan tatakelakuan.

Bagaimanapun mereka yang dipecat boleh mengemukakan rayuan kepada lembaga rayuan parti dalam tempoh yang ditetapkan.

Terdahulu, 16 Ahli Parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan terhadap gesaan yang dibuat oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai presiden parti berkenaan.

Gesaan oleh Ronald itu dibuat susulan selepas Muhyiddin dikatakan gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan berkesan, sehingga ia dibiarkan berlarutan ke tahap yang hampir mustahil untuk dipulihkan.

Lebih malang, kata Ronald, Muhyiddin dilihat menggunakan seluruh baki kekuatan yang ada semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden demi memenuhi agenda peribadi untuk kembali menjadi Perdana Menteri, termasuk menghalang laluan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada memimpin Bersatu pada masa hadapan.

Pada Khamis, Hamzah dipanggil mengadap Lembaga Disiplin Bersatu namun beliau tidak hadir kerana dilaporkan berada di Sydney bagi menguruskan pendaftaran anaknya. – 13 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related