HEADLINES

SPRM mohon lucut hak harta Putera Turki Abdullah Al-Saud

Harta yang terlibat ialah wang berjumlah kira-kira US$115.3 juta (RM450.5 juta) yang disimpan dalam beberapa akaun bank di Switzerland termasuk di J.P. Morgan (Suisse) SA dan UBS Switzerland AG

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfailkan permohonan mahkamah bagi mendapatkan perintah pelucuthakan harta alih yang berada di luar Malaysia atas penama Putera Turki Abdullah Al-Saud.

Bernama yang memetik sumber melaporkan, permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 56(1), Seksyen 59 dan Seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Harta yang terlibat ialah wang berjumlah kira-kira US$115.3 juta (RM450.5 juta) yang disimpan dalam beberapa akaun bank di Switzerland termasuk di J.P. Morgan (Suisse) SA dan UBS Switzerland AG.

“Tindakan itu diambil selaras peruntukan undang-undang yang memberikan kuasa kepada SPRM untuk memohon pelucuthakan harta yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram tertakluk pada perintah mahkamah,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan permohonan itu.

Pada Oktober 2025, SPRM berjaya memperoleh perintah daripada Mahkamah Tinggi, di sini bagi menghalang tiga transaksi wang berjumlah AS$115,320,661.63 (kira-kira RM486.4 juta) yang juga hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang disimpan dalam tiga akaun di Switzerland atas penama Putera Turki Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

Menurut suruhanjaya itu, permohonan berkenaan berdasarkan maklumat diterima SPRM pada 2011, bahawa penama itu telah menerima, memindah dan menggunakan hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui akaun-akaun perbankan miliknya. – 15 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related