◉ HEADLINES

Mahkamah Agung AS batalkan tarif timbal balas Trump

Keputusan 6-3 Mahkamah Agung menolak penggunaan undang-undang darurat oleh Donald Trump untuk mengenakan tarif global, sekali gus menggugat agenda “America First” dan membuka jalan kepada cabaran baharu dalam dasar ekonomi serta hubungan perdagangan AS

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam (Jumaat) mengetepikan tarif global yang digelar Presiden Donald Trump sebagai “timbal balas”, sekali gus memberi tamparan besar kepada agenda ekonomi utamanya dan berpotensi merumitkan hubungan Washington dengan dunia.

Dalam keputusan 6-3, mahkamah tertinggi itu mengekalkan keputusan mahkamah rendah bahawa Trump telah melangkaui kuasa presiden apabila menggunakan undang-undang darurat era 1970-an untuk mengenakan tarif meluas ke atas hampir semua rakan dagang utama AS. Ketua Hakim John Roberts menegaskan:

“Presiden menuntut kuasa luar biasa untuk mengenakan tarif secara unilateral tanpa had… beliau perlu mengenal pasti kebenaran jelas daripada Kongres untuk melaksanakannya.”

Trump berang, janji langkah baharu

Trump menyifatkan keputusan itu sebagai “amat mengecewakan” dan menuduh hakim “tidak mempunyai keberanian”.

“Saya malu dengan sesetengah hakim mahkamah itu… Negara asing pasti sangat gembira dan mereka menari di jalanan, tetapi mereka tidak akan menari lama — itu saya boleh jamin,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengumumkan rancangan menandatangani perintah baharu bagi mengenakan tarif global 10 peratus di bawah undang-undang lain, sebagai “alternatif yang sangat berkuasa”.

Trump berkata beliau akan menandatangani perintah itu dan memulakan beberapa siasatan di bawah Seksyen 301 serta siasatan lain untuk melindungi negara itu daripada amalan perdagangan yang tidak adil.

“Sehubungan itu, berkuat kuasa serta-merta, semua tarif Keselamatan Negara, Seksyen 232 dan tarif Seksyen 301 sedia ada kekal dilaksanakan dan berkuat kuasa sepenuhnya,” katanya menerusi akaun Truth Social sebaik keputusan Mahkamah Agung AS pada hari yang sama membatalkan tarif timbal balas yang dikenakan presiden itu.

Implikasi luas

Tarif merupakan teras agenda “America First” Trump, yang digambarkan sebagai cara menghidupkan semula sektor pembuatan AS dan memperkukuh kedudukan rundingan antarabangsa.

Keputusan mahkamah dijangka memberi kesan besar kepada kerajaan, perniagaan global, serta hala tuju dasar luar AS.

Banyak syarikat telah memfailkan saman untuk mencabar kesahihan tarif berasaskan IEEPA dan menuntut bayaran balik.

Walaupun tarif sektor tertentu seperti kereta dan keluli masih sah di bawah undang-undang lain, keputusan ini menandakan kekangan besar terhadap kuasa unilateral presiden dalam mengenakan cukai import. – 21 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] A tearful Aidilfitri message from Malaysians to Palestinians

Join us in reflecting on the true meaning of Hari Raya Aidilfitri with heartfelt messages from Malaysians. As we celebrate this joyous occasion, let us not forget those in Palestine who are enduring unimaginable suffering. 

◉ Related