◉ HEADLINES

MAHB kenakan penalti RM9.1 juta terhadap kontraktor Aerotrain KLIA

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenakan penalti Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) sebanyak RM9.1 juta terhadap konsortium ALSTOM IJM-Pestech susulan kegagalan menyiapkan projek Aerotrain baharu di KLIA dalam tempoh ditetapkan

8:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Projek Aerotrain KLIA terus dihantui kegagalan apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenakan penalti RM9.1 juta terhadap kontraktor utama, ALSTOM IJM Construction Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech JV), susulan kelewatan menyiapkan sistem baharu itu.

Kementerian Pengangkutan mendedahkan penalti Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) itu dikenakan selama 91 hari — bermula 1 April hingga 30 Jun 2025 — dengan kadar RM100,000 sehari seperti termaktub dalam kontrak.

Tindakan keras ini menyusul selepas kegagalan konsortium berkenaan menyampaikan projek Aerotrain baharu secara memuaskan, sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai kecekapan pelaksanaan projek kritikal di pintu masuk utama negara.

Menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) di Dewan Rakyat, kementerian menegaskan jumlah penalti itu adalah sahih dan selaras dengan klausa kontrak.

Sebelum ini, MAHB menekankan bahawa penilai bebas telah mengesahkan sistem Aerotrain beroperasi seperti dirancang, dengan gangguan awal dianggap normal bagi sistem kereta api kompleks.

Namun, keyakinan itu kini tercabar apabila kelewatan projek membawa kepada penalti jutaan ringgit — sekali gus menambah tekanan terhadap reputasi konsortium terbabit. – 27 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related