HEADLINES

Dron dipintas di ruang udara Dubai, Burj Al Arab alami kebakaran kecil

Serpihan dron yang dipintas mencetuskan kebakaran di Burj Al Arab, menambah kebimbangan terhadap keselamatan ruang udara Teluk di tengah konflik serantau yang semakin meruncing

9:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketegangan di rantau Teluk kembali mencuri perhatian apabila pihak berkuasa Dubai memaklumkan sebuah dron berjaya dipintas di ruang udara bandar itu pada Ahad, dengan serpihan yang terjatuh mencetuskan kebakaran kecil pada bahagian luar hotel mewah ikonik Burj Al Arab.

Dalam kenyataan di platform X, Pejabat Media Dubai menegaskan pasukan Pertahanan Awam bertindak pantas mengawal keadaan, sekali gus mengelakkan kebakaran daripada merebak. Tiada kecederaan dilaporkan.

Insiden ini berlaku ketika rantau Teluk berdepan peningkatan ancaman serangan dron sejak beberapa tahun kebelakangan, khususnya berkait konflik di Yaman dan ketegangan geopolitik yang melibatkan laluan perdagangan strategik.

Burj Al Arab, simbol kemewahan dan kebanggaan Dubai, menjadi tumpuan kerana kedudukannya yang ikonik di pesisir pantai.

Walaupun kebakaran berjaya dikawal, kejadian ini menimbulkan persoalan tentang keselamatan ruang udara bandaraya yang menjadi pusat pelancongan dan perniagaan global. – 1 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related