HEADLINES

Anwar tunggu laporan Peguam Negara hari ini sebelum ulas isu Azam Baki

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan membuat kesimpulan selagi laporan rasmi Jawatankuasa Khas berhubung pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM belum diterima

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih menunggu laporan rasmi daripada Peguam Negara sebelum mengulas lanjut isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

“Laporan itu yang saya tunggu. Katanya hari ini, tetapi (setakat ini) belum terima,” katanya ketika ditanya mengenai status siasatan Jawatankuasa Khas berhubung pemilikan saham Azam.

Anwar berkata kerajaan tidak wajar membuat kesimpulan selagi laporan jawatankuasa khas belum diterima dan diteliti sepenuhnya. Beliau ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sempena Program Ihya’ Ramadan.

Pada 13 Februari lalu, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas menyiasat dakwaan Azam memiliki sejumlah besar saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Azam sebelum ini menegaskan pegangan saham bernilai RM800,000 dibuat secara telus dan mengikut prosedur. Beliau turut dipanggil memberi keterangan pada 19 Februari.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. – 6 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related