HEADLINES

Hutan berhampiran Lebuhraya MEX terbakar

8:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebakaran besar melibatkan hutan di bukit berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) berlaku petang ini, mengakibatkan kesesakan di lebuhraya berkenaan.

Gambar-gambar dan video kebakaran itu tular di media sosial terutama oleh penduduk di kawasan perumahan berhampiran iaitu Taman Puncak Jalil serta pengguna MEX.

Ia turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin, yang menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit.

“Sedang berlaku kebakaran hutan di tepi Lebuhraya MEX menghala ke Kuala Lumpur petang ini. Pasukan Bomba dan Penyelamat kini berada di lokasi dan sedang berusaha memadamkan api,’’ katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 petang.

Ahmad Mukhlis memberitahu, itu berlaku di kawasan hutan bukit berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuhraya MEX menghala Kuala Lumpur, kira-kira lapan kilometer dari balai.

“Operasi pemadaman itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, dengan kekuatan keseluruhan seramai 21 anggota.

“Kebakaran melibatkan kawasan hutan tanpa sebarang mangsa atau kerosakan struktur,’’ katanya.

Sementara itu, kerja-kerja pemadaman hutan yang terbakar itu masih dijalankan. – 11 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Related