◉ HEADLINES

Mesyuarat Khas Kabinet hari ini perinci impak jangka pendek, sederhana dan panjang konflik Asia Barat

Fadilah berkata perincian lanjut akan diumumkan selepas mesyuarat berkenaan hari ini

9:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penilaian impak konflik di Asia Barat dalam jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap Malaysia akan dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas hari ini,

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, apa yang penting ialah Malaysia bersiap siaga terutama dari sudut melibatkan ekonomi rakyat.

Beliau turut menjelaskan, perincian lanjut akan diumumkan selepas mesyuarat berkenaan hari ini.

“Kita tidak mahu membuat sebarang keputusan sebelum semua perkara dibincangkan secara terperinci,” katanya, lapor Bernama.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah pun mengadakan perbincangan awal mengenai isu berbangkit susulan konflik berkenaan.

Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Feb susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk.

Pada Khamis, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, cadangan kesesuaian pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam akan diteliti terlebih dahulu dan berkemungkinan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas hari ini.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata kerajaan maklum bahawa sebahagian syarikat telah melaksanakan kaedah kerja hibrid pasca pandemik dengan melaksanakan pengaturan WFH.

“Di pihak kerajaan, kita akan meneliti kesesuaian work from home ini, mungkin akan dibincangkan esok (hari ini) dalam mesyuarat khas.

“Mula-mula kita akan teliti apa keadaan ekonomi dunia. Kita akan teliti dulu angka-angka dan apa tindakan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Thailand telah melaksanakan pengaturan WFH untuk agensi kerajaan dan perusahaan negeri bagi mengurangkan penggunaan tenaga ketika ketegangan geopolitik berlarutan di Asia Barat. – 13 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

Maxim Malaysia secures full Apad licence, elevates safety and inclusivity in e‑hailing

Apad approval means verified drivers, stronger safety tools, and more freedom for gig partners

Dilema pelakon veteran, tiada tawaran sejak berbulan lamanya, watak ibu digantikan dengan pelakon muda

Kisah pelakon veteran tidak menerima sebarang tawaran lakonan bukanlah sesuatu yang baru. Kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun situasi ketika ini semakin meruncing

◉ Related