HEADLINES

Bekas Hakim Besar Malaya, Siti Norma meninggal dunia

Siti Norma turut mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Persekutuan

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Besar Malaya dan wanita pertama yang memegang jawatan itu, Tan Sri Siti Norma Yaakob, meninggal dunia di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital di sini, petang tadi.

Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Perkara itu disahkan anaknya Meor Amri Meor Ayob, 56, ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 1.51 petang akibat pneumonia.

Siti Norma dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940 dan turut mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Persekutuan.

Allahyarham juga merupakan hakim wanita pertama dari Malaysia yang dilantik menyertai Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) pada 2008.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang pada petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sejurus selesai solat jenazah.

Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Md Sam menyifatkan arwah sebagai tokoh kehakiman yang banyak menghasilkan penghakiman bermutu tinggi sehingga menjadi kes pendahuluan dalam isu-isu perundangan penting.

“Saya doakan semoga roh Allahyarham Tan Sri Siti Norma mendapat tempat dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi pula berkata Allahyarham seorang yang baik hati, tegas serta aktif menghadiri majlis perundangan dan berkongsi pengalaman sepanjang penglibatannya dalam bidang tersebut.

“Kali terakhir saya bertemu Allahyarham tahun lepas pada satu majlis perundangan. Saya amat bangga dengan kejayaan dan pencapaiannya kerana beliau merupakan wanita pertama yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan,” katanya. – 13 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related