◉ HEADLINES

Khairy serah surat rayuan sertai Umno

Zahid telah menerima permohonan itu dan akan memanjangkannya kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah menyerahkan surat rayuan untuk menyertai parti itu kepada presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Zahid berkata, beliau menerima kunjungan Khairy semalam, iaitu pada malam ke 26 Ramadan.

“Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa. Sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan, dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan.

“Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya,’’ katanya.

Beliau turut memberitahu, perkata yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan.

“Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan, dan mengembalikan kekuatan Umno sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini,’’ katanya.

Khairy dipecat daripada Umno pada Januari 2023 atas dakwaan memperlekehkan dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang menjadi Ketua Pemuda Umno dari pada 2009 sehingga 2018, berulang kali menegaskan pendirian tidak akan menyertai mana-mana parti meskipun menerima pelawaan.

Januari lalu, Khairy kembali ke Perhimpunan Agung Umno 2025 (PAU) dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang emosional. – 16 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

MYFutureJobs Career Exploration Centre launched to tackle talent mismatch crisis

The Human Resources Ministry has unveiled Malaysia’s first high-tech immersive career hub at NU Sentral, aimed at helping job seekers and graduates make smarter, industry-aligned career choices using AI-driven tools

◉ Related