◉ HEADLINES

LHDN sahkan tersilap tanda ‘Cukai ditanggung oleh majikan’ tidak perlu pindaan

Bayaran balik lebihan cukai tetap diproses secara berperingkat

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pembayar cukai individu yang secara tidak sengaja menandakan ruangan ‘Cukai ditanggung oleh majikan’ dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 tidak perlu mengemukakan pindaan borang tersebut.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini menjelaskan semakan telah dibuat dan kes yang terlibat berjaya dikenal pasti.

“Bagi kes yang disahkan sebagai kesilapan penandaan, bayaran balik lebihan cukai akan diproses secara berperingkat oleh LHDN,” menurut kenyataan itu.

Menurut LHDN, sistem pemprosesan bayaran balik cukai dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang dikemukakan pembayar cukai dalam BNCP. Justeru, ketepatan maklumat yang diisi amat penting bagi memastikan proses bayaran balik berjalan lancar tanpa kelewatan.

LHDN menegaskan pihaknya komited memastikan pengurusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti, selaras dengan usaha berterusan memperkukuh kecekapan pentadbiran percukaian negara. – 18 Mac 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related