HEADLINES

Sabotaj negara: Polis akan panggil 14 lagi individu untuk lengkapkan siasatan: KPN

Mohd Khalid berkata PDRM akan merakam keterangan 14 lagi individu bagi melengkapkan kertas siasatan

12:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil 14 lagi individu untuk dirakam keterangan bagi siasatan dakwaan komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, sebelum ini pihaknya sudah merakam keterangan 14 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Lebih kurang 14 orang lagi akan diambil keterangan mereka dan sekiranya semua sudah selesai kita akan melengkapkan siasatan dan merujuknya kepada Pejabat Peguam Negara (AGC),” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Ditanya sama ada isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid akan dipanggil bagi memberikan keterangan, Mohd Khalid enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak mahu menyentuh tentang mana-mana individu.

“Siasatan masih lagi berjalan. Biar kita jalankan siasatan dan apabila selesai kita akan panggil untuk sidang akhbar berikutnya,” katanya.

Pada 3 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media dan institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata siasatan awal PDRM mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai dan menggugat kerajaan sedia ada.

Pada 5 Mac lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata polis telah mengambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurut Mohd Khalid, polis juga telah mengenal pasti beberapa nama dan sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada mereka yang berkaitan dan pada masa sama meneliti kemungkinan penglibatan pihak luar negara bergantung pada perkembangan siasatan seterusnya.

Pada 12 Mac lalu, peguam kepada Na’imah iaitu Nizamuddin Hamid direkod keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan.

Nizamuddin bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai pembohongan terbesar.

Seorang lagi peguam yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Amir Zharif Abdullah. – 19 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related