HEADLINES

Iran mahu perang berakhir ‘sepenuhnya’: Pezeshkian, Anwar bincang konflik

Pezeshkian turut memuji kerajaan dan rakyat Malaysia atas pendirian prinsip yang 'berharga' dalam mengecam serangan ke atas Iran yang disifatkannya sebagai 'menyalahi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan'

6:11 PM MYT

 

TEHRAN – Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Khamis menyatakan bahawa Tehran mahu menamatkan “sepenuhnya” perang yang sedang berlaku dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, selain menyasarkan untuk menjamin keselamatan serta keamanan di Asia Barat.

Pezeshkian menyuarakan perkara itu dalam satu perbualan telefon bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang presiden, kedua-dua pemimpin itu membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa susulan ketegangan terbaharu yang melibatkan Israel dan AS.

Pezeshkian turut memuji kerajaan dan rakyat Malaysia atas pendirian prinsip yang “berharga” dalam mengecam serangan ke atas Iran yang disifatkannya sebagai “menyalahi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan”, lapor Xinhua.

“Kami mahu perang berakhir sepenuhnya serta keamanan dan keselamatan (kembali) di rantau ini,” katanya.

Agensi berita nasional Malaysia, Bernama melaporkan  Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang didukung Amerika Syarikat terhadap Iran serta menegaskan bahawa sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia turut merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh rakyat Iran susulan kehilangan besar yang menimpa kepimpinan tertinggi negara itu, termasuk tokoh politik, ketenteraan dan keselamatan, di samping nyawa mereka yang tidak bersalah.

“Saya turut mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding, dengan syarat penamatan perang secara muktamad,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, usaha damai mesti berteraskan keadilan, akauntabiliti dan komitmen berpanjangan.

“Malaysia percaya keamanan sejati menuntut penyelesaian yang tuntas, demi menjamin keselamatan semua pihak serta memulihkan maruah kemanusiaan di rantau Asia Barat. – 27 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related