HEADLINES

Suspek kes tikam pelajar Tingkatan 4, didakwa esok

Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana kesalahan membunuh

6:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelajar berusia 14 tahun yang menjadi suspek kes tikam hingga mengakibatkan kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan membunuh.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataannya berkata, ia memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana kesalahan membunuh.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap seorang pelajar lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 22 Oktober 2025,’’ katanya.

Terdahulu, reman terhadap pelajar lelaki itu telah disambung selama tujuh hari bermula esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin Mamat berkata perintah reman hingga 28 Oktober terhadap remaja 14 tahun itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini, selepas tempoh reman berakhir hari ini.
.
“Suspek (pelajar lelaki) disambung reman selama tujuh hari hingga 28 Oktober,’’ katanya.

Mangsa, Yap Shing Xuen, ditemui tidak bernyawa di tandas sekolah dalam keadaan berlumuran darah pada 14 Oktober lalu selepas ditikam seorang pelajar lelaki dari kelas peralihan di sekolah yang sama.

Dua senjata tajam, dipercayai digunakan untuk menikam mangsa turut ditemui di tempat kejadian.

Mayat mendiang, telah disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana di Shah Alam, Selangor, semalam. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related