HEADLINES

Rafizi jadi liabiliti Reformasi, Keadilan perlu bersih dari ‘Parasit Politik’: Mahmud

Setiausaha MPN Sarawak menggesa Rafizi agar segera meninggalkan Keadilan sekiranya tidak lagi sehaluan dengan hala tuju parti

9:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak, Mahmud Epah, menyifatkan tindakan dan kenyataan terbuka bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, sebagai liabiliti terbesar terhadap perjuangan Reformasi dan imej parti.

Beliau menegaskan, maruah parti tidak boleh digadaikan dengan polemik yang dicetuskan oleh individu yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

“Tindakan memburukkan imej parti dan pimpinan secara terbuka adalah satu bentuk pengkhianatan kepada mandat rakyat dan kepercayaan akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahmud turut menggesa Rafizi agar segera meninggalkan parti sekiranya tidak lagi sehaluan dengan hala tuju Keadilan.

“Sekiranya beliau lebih selesa menjadi ‘penyerang’ dari dalam, adalah lebih bermaruah untuk segera keluar daripada Keadilan. Kita tidak perlukan pimpinan yang menjadi beban kepada kelangsungan parti,” tegasnya.

Menurut beliau, rakyat di Sarawak dan seluruh Malaysia mahukan kestabilan politik, justeru polemik dalaman yang berpanjangan hanya akan menghakis keyakinan terhadap kredibiliti Keadilan sebagai tulang belakang Kerajaan Madani.

“Tiada individu yang lebih besar daripada parti. Fokus kita adalah membina negara di bawah kepimpinan PMX, dan sesiapa yang menjadi penghalang kepada usaha ini akan kami tentang habis-habisan,” ujar Mahmud. – 31 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related