HEADLINES

Kementerian Pengangkutan sahkan kapal Malaysia lalu Selat Hormuz tanpa caj tol

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan di Putrajaya, pagi tadi

6:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dianggap sebagai negara sahabat Iran dengan hubungan diplomatik yang kukuh justeru tiada caj tol dikenakan terhadap kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan di Putrajaya, pagi tadi.

“Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi telah memaklumkan perkara ini kerana Malaysia dianggap sebagai negara sahabat dengan hubungan diplomatik yang kukuh, dan tiada caj tol dikenakan terhadap kapal Malaysia,’’ lapor Bernama.

Sebelum ini terdapat laporan antarabangsa yang mendakwa tentera Iran mewujudkan “pusat pungutan tol” di Selat Hormuz dan mengenakan bayaran sehingga AS$2 juta (RM8.04 juta) untuk laluan.

Khamis lalu, Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Iran Masoud Pezeshkian kerana memberikan laluan untuk kapal tangki minyak Malaysia melintasi Selat Hormuz.

“Sekarang kita dalam proses untuk melepaskan kapal minyak Malaysia dan pekerja yang terlibat supaya dapat meneruskan perjalanan mereka pulang,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kesan konflik Asia Barat terhadap sektor penerbangan domestik, Loke berkata setakat ini, tiada cabaran besar selain kenaikan kos bahan api, namun kementerian mengadakan libat urus secara berkala dengan pemain industri untuk memastikan keadaan terus terkawal.

“Beberapa syarikat penerbangan memberitahu kerajaan bahawa mereka mungkin akan merasionalisasikan operasi termasuk menggabungkan penerbangan bagi meningkatkan kecekapan. Jika faktor muatan rendah, mungkin beberapa penerbangan di laluan tertentu dikurangkan,” katanya sambil menambah langkah itu bersifat sementara berikutan kos bahan api yang amat tinggi pada masa ini.

Berkenaan sektor perkapalan, Loke berkata kerajaan dan pihak berkepentingan sedang berbincang untuk memperkenalkan mekanisme surcaj yang lebih bersusun dan seragam bagi memastikan penetapan harga yang adil dan mampan.

Beliau berkata Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) juga telah membentangkan pandangan mereka kepada mesyuarat MTEN, termasuk gesaan untuk pengurusan dan tadbir urus surcaj yang lebih baik.

Sementara itu, Loke berkata tiada projek di bawah kementerian akan dihentikan, namun keutamaan mungkin diselaraskan, sejajar dengan arahan Perdana Menteri untuk memastikan projek yang memberikan manfaat terbesar kepada rakyat dan ekonomi perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Setakat ini, tiada potongan belanjawan dan tiada projek dihentikan, namun kami memantau keadaan dengan teliti dan mengutamakan projek yang membawa lebih banyak manfaat kepada negara dan rakyat,” katanya. – 31 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related