HEADLINES

Majlis media, pemain industri diminta bincang pelaksanaan bekerja dari rumah pengamal media : Fahmi

Tumpuan utama kerajaan dalam setiap keputusan berkaitan pelaksanaan BDR adalah bagi memastikan kebajikan pekerja dalam sektor media di negara ini sentiasa terpelihara

1:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi meminta Majlis Media Malaysia (MMM) berbincang dengan syarikat dan organisasi media tempatan bagi mendapatkan pandangan berhubung pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor berkenaan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tumpuan utama kementerian dalam setiap keputusan berkaitan pelaksanaan BDR adalah bagi memastikan kebajikan pekerja dalam sektor media di negara ini sentiasa terpelihara.

“Saya juga akan meminta Jabatan Penerangan mengambil tindakan berkaitan termasuk mendapatkan maklum balas ramai, dan dari situ sebarang pertimbangan lanjut kita akan panjangkan kepada KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) dan maklum kepada Jemaah Menteri serta kementerian,” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi meningkatkan kerjasama penguatkuasaan dalam mengurangkan dan mencegah penipuan (scam).

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bermula 15 April ini sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu, yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.

Semalam, Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala ke pejabat melebihi lapan kilometer layak melaksanakan dasar BDR.

Bagi negeri yang Hari Kelepasan Mingguan (HKM) jatuh pada Ahad, pelaksanaan BDR ditetapkan pada Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari dan tidak dibenarkan pada Isnin serta Jumaat.

Sementara itu, bagi negeri yang HKM pada Jumaat, BDR dilaksanakan pada Isnin hingga Rabu dan tidak dibenarkan pada Ahad serta Khamis. – 3 April, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related