◉ HEADLINES

Kerajaan perkukuh langkah tangani krisis tenaga global, lindungi rakyat: Fahmi

Menteri Komunikasi berkata dalam menghadapi cabaran global, kekuatan kita lahir daripada disiplin, diperkukuh dengan kerjasama dan disokong oleh keyakinan

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memperkukuh langkah menangani krisis tenaga global dengan penekanan terhadap usaha melindungi kebajikan rakyat, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. 

Dalam hantaran melalui Facebook hari ini, beliau berkata perkara itu diberi fokus dalam sesi penerangan bersama Timbalannya yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching di Kulai, malam tadi.

“Dalam menghadapi cabaran global, kekuatan kita lahir daripada disiplin, diperkukuh dengan kerjasama dan disokong oleh keyakinan.

“Insya-Allah, Malaysia akan terus kekal teguh, stabil dan berdaya tahan menghadapi apa jua rintangan,” kata Fahmi. 

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai memanfaatkan aplikasi PriceCatcher bagi membuat semakan harga dan pilihan pembelian yang bijak.

PriceCatcher yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan dilancarkan pada Mac 2019, memaparkan harga 480 barangan terpilih di pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit.

Terdapat enam kategori barangan yang dipantau, iaitu barangan segar, barangan kering, barangan berbungkus, susu dan barangan bayi, produk kebersihan serta minuman. – 5 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related