◉ HEADLINES

Kos logistik, premium insurans dorong kenaikan harga minyak: Anwar

Walaupun laluan bekalan bahan api utama masih beroperasi dan penghantaran ke Malaysia tidak terganggu, kos keseluruhan telah meningkat dengan ketara

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan harga minyak di Malaysia bukan disebabkan kekurangan bekalan semata-mata sebaliknya didorong oleh premium risiko dan kos logistik yang melonjak.

Menurut Perdana Menteri, walaupun laluan bekalan bahan api utama masih beroperasi dan penghantaran ke Malaysia tidak terganggu, kos keseluruhan telah meningkat dengan ketara.

Keadaan itu, katanya, susulan peningkatan kos insurans dan pengangkutan.

“Kos minyak yang lama diambil sebelum perang tersangkut di (Selat) Hormuz dan sekarang beralih ke Pengerang, itu kosnya meningkat.

“Oleh kerana kos insurans itu sudah melepasi 100 peratus, kos pengangkutan sendiri, caj penghantaran juga bertambah,’’ katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut memberitahu, dasar Malaysia yang mengekalkan hubungan mesra dengan semua negara membantu melindungi laluan perdagangan utama di tengah-tengah konflik Asia Barat yang semakin berlarutan.

Jelasnya, hubungan rapat Malaysia membolehkan negara mengharungi ketegangan geopolitik yang semakin meningkat serta memastikan aset negara kekal selamat di sepanjang laluan perkapalan yang tidak menentu.

“Kita di Malaysia bernasib baik kerana hubungan antarabangsa kita sangat rapat dengan semua negara. Persahabatan untuk jaga negara ini.

“Oleh itu, kita sentiasa berhubung sama ada saya sendiri, Menteri Luar, atau anggota Kabinet lain untuk memastikan kita mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang keadaan semasa,” katanya.

Anwar turut menyatakan bahawa laluan selamat kapal syarikat minyak nasional melalui Selat Hormuz yang sangat dipertikaikan adalah hasil langsung daripada pendekatan diplomatik Malaysia.

“Apabila melibatkan laluan perkapalan, Alhamdulillah, hubungan baik kita dengan Iran telah membolehkan kapal-kapal Petronas melalui kawasan tersebut dengan selamat, dan ia dijangka tiba di Pengerang dalam beberapa hari,’’ katanya. – 9 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MCMC working with Meta, cops to investigate online sexual grooming groups: comms minister

Fahmi Fadzil says police will take appropriate action while MCMC will assist in preserving data, profiling accounts

[WATCH] A tearful Aidilfitri message from Malaysians to Palestinians

Join us in reflecting on the true meaning of Hari Raya Aidilfitri with heartfelt messages from Malaysians. As we celebrate this joyous occasion, let us not forget those in Palestine who are enduring unimaginable suffering. 

◉ Related