◉ HEADLINES

Malaysia perlu 700,000 tong minyak sehari, pengeluaran hanya 350,000 tong sehari: MOF

Sumber minyak mentah Malaysia terdiri daripada 48% pengeluaran domestik, 38% import melalui Selat Hormuz, tujuh peratus dari rantau Asia Tenggara, Afrika Barat dan lain-lain serta tujuh peratus lagi dari Asia Barat dan lain-lain

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia masih perlu mengimport minyak mentah walaupun mempunyai pengeluaran minyak sendiri kerana penggunaan dalam negara jauh lebih tinggi, iaitu kira-kira 700,000 tong sehari berbanding pengeluaran hanya 350,000 tong sehari.

Kementerian Kewangan (MOF) bekalan minyak mentah dan bahan api mengalami gangguan dan kelewatan akibat krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat yang telah mengganggu rantaian bekalan minyak dunia.

Krisis berkenaan, katanya termasuk menyebabkan pengangkutan dan penghantaran serta laluan perkapalan utama di Selat Hormuz yang terjejas.

“Bekalan minyak mentah dan bahan api mengalami gangguan dan kelewatan. Harga minyak mentah meningkat hampir 40 peratus termasuk kenaikan kos logistik dan insurans,” menurut MOF,’’ lapor Bernama.

Menurut MOF, sebanyak 52 peratus bekalan produk petroleum ditapis Malaysia adalah oleh syarikat minyak lain di Malaysia manakala baki 48 peratus oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sumber minyak mentah Malaysia terdiri daripada 48 peratus pengeluaran domestik, 38 peratus import melalui Selat Hormuz, tujuh peratus dari rantau Asia Tenggara, Afrika Barat dan lain-lain serta tujuh peratus lagi dari Asia Barat dan lain-lain.

Menurut MOF, sebahagian besar minyak mentah yang digunakan di kilang penapisan masih perlu diimport kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan negara.

“Hampir 40 peratus daripada import tersebut melalui Selat Hormuz, laluan utama yang kini terjejas,” menurutnya, sambil menambah Malaysia perlu bergantung pada import bagi memenuhi permintaan domestik untuk petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan bahan api pesawat.

Petronas pada Sabtu mengesahkan kapal Ocean Thunder telah tiba di Malaysia dengan satu juta tong minyak mentah dari Basrah, Iraq dan merupakan antara usaha syarikat dalam memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil. – 18 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related