HEADLINES

‘Kenapa diam masa dalam Kabinet?’: Setiausaha Politik Kesuma bidas Rafizi, Nik Nazmi isu FWCMS

Aizuddin berkata kontrak FWCMS diluluskan ketika kedua-duanya masih anggota kabinet

2:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menyelar tindakan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkait kritikan mereka terhadap sistem pengurusan pekerja asing.

Setiausaha Politik Ramanan, Aizuddin Abd Gaffal menyifatkan tindakan kedua-dua bekas menteri itu sebagai “hipokrasi politik” tahap baharu kerana sistem Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) yang dipertikaikan sebenarnya diluluskan ketika mereka sendiri berada di dalam Jemaah Menteri.

Beliau menegaskan pelanjutan kontrak FWCMS sehingga tahun 2031 telah diputuskan pada 24 Jun 2024. Ketika itu, Rafizi memegang portfolio Menteri Ekonomi manakala Nik Nazmi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

“Jika benar terdapat kelemahan yang begitu serius seperti yang didakwa hari ini, mengapa suara itu tidak kedengaran ketika mereka berada di meja membuat keputusan? Mengapa hanya sekarang barulah pelbagai isu diketengahkan?”

“Ini bukan soal perbezaan pandangan, ini soal konsistensi dan kejujuran dalam berpolitik,” tegas Aizuddin dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Aizuddin mengingatkan kedua-dua pemimpin tersebut tentang prinsip ‘collective responsibility’ atau tanggungjawab bersama yang menjadi teras sesebuah kerajaan. Beliau menyifatkan cubaan membina persepsi buruk terhadap kerajaan sekarang sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Sikap berdiam diri ketika berkuasa, kemudian lantang apabila sudah tidak lagi memikul tanggungjawab, hanya mengundang persoalan terhadap keikhlasan dan hipokrasi politik.”

Beliau juga mendakwa kritikan tersebut menunjukkan kedua-dua individu itu seolah-olah gagal membezakan antara fungsi FWCMS dan National Integrated Immigration System (NIISe), sekali gus mengelirukan rakyat dan memalukan ahli parlimen lain yang menyokong mereka.

Mengulas mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing (TURAP) yang kini dalam penelitian, Aizuddin menjelaskan bahawa kementerian (Kesuma) perlu realistik dengan keperluan lapangan.

Menurutnya, suara lebih sejuta ahli persatuan perniagaan termasuk DPMM, ACCCIM, MAICCI, FMM, dan MEF yang menuntut sistem lebih telus tidak boleh diabaikan demi mengikuti retorik segelintir ahli parlimen.

Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Aizuddin Abd Gaffal. – Gambar media sosial, 21 April, 2026

“Adakah kita mahu mengabaikan nasib pekerja asing yang terperangkap dalam beban hutang pencarian kerja (debt bondage)? Halatuju dan polisi yang bersifat ‘tone deaf’ dan ‘ideally disconnected’ perlu dihentikan bagi menyantuni hasrat dan permintaan industri.”

Aizuddin turut memberi jaminan bahawa sistem pengambilan pekerja asing yang baharu masih di peringkat penilaian dan belum ada sebarang keputusan muktamad atau pelantikan dibuat kepada mana-mana pihak.

Beliau menuntut agar “permainan persepsi yang hodoh” ini dihentikan segera dan menegaskan bahawa dasar negara mesti digerakkan berdasarkan fakta serta keperluan ekonomi, bukannya emosi semata-mata. – 21 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related