◉ HEADLINES

Sivakumar, suami mangsa hilang dalam tragedi Nepal, tunggu panggilan untuk serah sampel DNA

Sivakumar berkata isterinya antara warganegara Malaysia yang dilaporkan masih hilang ketika mengikuti ekspedisi ke Gunung Kailash di Tibet, China sebelum terputus hubungan akibat bencana alam tersebut

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Waris mangsa yang masih gagal dikesan susulan tragedi banjir lumpur di Nepal minggu lepas kini bersiap sedia untuk menyerahkan sampel Asid Deoksiribonukleik (DNA) mereka dan hanya menunggu panggilan daripada pihak berkuasa bagi menjalani proses berkenaan.

Menurut suami kepada salah seorang mangsa, Sivakumar Kalimuthu, 57, anak-anaknya kini menunggu pemakluman rasmi untuk melakukan prosedur rujukan silang profil identiti.

Walaupun berada di Singapura, Langkawi dan Selangor, mereka telah diberikan penjelasan serta memahami kepentingan untuk berbuat demikian.

Sivakumar adalah suami kepada Kalai Mathe Karuppaiah, 57, iaitu warga Malaysia yang masih hilang dalam banjir besar di Nepal.

“Anak-anak semua dah sedia, tunggu esok atau bila-bila masa mereka panggil memandangkan semalam dan hari ini cuti… anak yang di Selangor boleh pergi dan DNA dia boleh digunakan, kami hanya tunggu panggilan daripada pihak polis,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, sesi taklimat tertutup oleh Kementerian Luar pada Ahad lepas memaklumkan bahawa waris rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan digalakkan menjalani ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Langkah itu antara persediaan awal susulan penemuan beberapa jasad yang belum dikenal pasti di kawasan bencana dan terpaksa dikebumikan segera berikutan ketiadaan fasiliti penyimpanan bersesuaian di lokasi.

Mengulas lanjut, Sivakumar berkata isterinya antara warganegara Malaysia yang dilaporkan masih hilang ketika mengikuti ekspedisi ke Gunung Kailash di Tibet, China sebelum terputus hubungan akibat bencana alam tersebut.

Biarpun terpaksa melalui prosedur ujian DNA, Sivakumar berkata dia dan keluarga masih menaruh harapan tinggi serta terus berdoa agar isterinya berada dalam keadaan selamat serta dapat pulang ke tanah air.

Wisma Putra memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang dilaporkan tidak dapat dihubungi kekal 36 orang di China dan 55 orang di Nepal susulan banjir kilat dahsyat serta tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal yang berlaku pada 26 Ogos lepas.

Agensi Anadolu melaporkan angka korban akibat bencana itu meningkat kepada 804 orang manakala hampir 3,300 lagi masih hilang – 1 September, 2026.

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related